Saturday, January 11, 2014

Jenis-Jenis Jerawat Dan Cara Menghilangkannya

Jenis-jenis Penyakit Jerawat yang anda perlu tahu. Jerawat boleh timbul dimana-mana kawasan tubuh dan ianya berbeza-beza.

Di dalam artikel ini, saya akan membincangkan jenis – jenis penyakit jerawat yang ada. Jenis penyakit jerawat boleh di bahagikan kepada tiga iaitu jenis penyakit jerawat biasa, jenis penyakit jerawat serius dan jenis penyakit jerawat kronik.


Jenis penyakit jerawat biasa

Whitebeads.

Jenis penyakit jerawat whitebeads adalah bintik – bintik putih yang terdapat pada wajah kita. Ia berpunca dari kalenjar minyak yang terlalu aktif, kekotoran di bawah kulit, sel – sel kulit mati yang tersumbat di dalam liang – liang roma wajah.

Jenis penyakit jerawat whitebeads juga di kenali sebagai komedo tertutup. Anda biasanya boleh bersihkan jerawat jenis ini dengan membasuh muka anda dua kali sehari.

Blackbeads.

Penyakit jerawat jenis blackbeads atau komedo terbuka adalah dalam bentuk bintik – bintik hitam. Penyebab bagi blackbeads adalah sama seperti whitebeads.

Perbezaan blackbeads dan whitebeads adalah permukaan jerawatnya terbuka. Permukaan yang terbuka ini menyebabkan tindak balas berlaku di antara kandungan jerawat dan udara. Akhirnya warna jerawat ini akan bertukar kepada warna hitam.

Papula.

Jenis penyakit jerawat yang seterusnya adalah papula atau jerawat dalam bentuk bonjolan merah. Jenis penyakti jerawat ini adalah evolusi dari penyakit jerawat whitebeads atau blackheads. Jenis penyakit jerawat ini biasanya akan tumbuh apabila diri anda berada dalam keadaan tertekan, diri mengalami perubahan hormon mendadak dan anda di serang serangan virus dan kuman.

Ketika jerawat anda berada dalam keadaan whitebeads dan blackbeads, kuman – kuman masih terbendung di dalam kulit wajah. Apabila pelindung kuman – kuman ini meletus, ia akan membentuk bonjolan merah. Ketika ini nanah belum terbentuk lagi.

Pustula.

Pustula adalah jenis jerawat yang muncul apabila jerawat jenis papula tidak di rawat. Apabila jerawat jenis papula muncul, sel – sel darah putih akan hadir untuk melawan kuman – kuman dan virus – virus yang ada pada jerawat tersebut.


Akibat dari perlawanan tersebut, radang akan terbentuk dan nanah pada bahagian dalam jerawat akan terbentuk. Jenis penyakit jerawat pustula adalah dalam bentuk bonjolan di mana bahagian tepinya berwarna merah dan bahagian tengahnya berwarna putih.

Jenis penyakit jerawat serius

Nodul.

Jenis penyakit jerawat nodul adalah jerawat dalam bentuk bonjolan besar iaitu peringkat seterusnya jerawat jenis pustula. Selalunya apabila jerawat jenis ini di sentuh, anda akan rasa sakit. Anda jangan picit jerawat jenis ini kerana ia boleh menyebabkan parut pada kulit wajah anda.

Keburukan jerawat jenis ini adalah ia akan menyebabkan lebih banyak liang – liang roma tersumbat dan seterusnya menyebabkan jerawat peringkat awal tumbuh pada bahagian tersebut.

Sista.

Sista adalah jerawat yang muncul hasil gabungan beberapa jerawat jenis nodul. Ianya seperti beberapa bonjolan jerawat dalam bentuk jerawat yang besar. Jika anda di serang jerawat peringkat ini, anda perlu segera berjumpa doktor kulit.

Jika selepas kedua – dua jenis jerawat di atas hilang tetapi ia kerap muncul dari semasa ke semasa, anda perlu lakukan pemeriksaan di klinik kerana takut kulit anda menghidap penyakit kulit yang serius.

Biasanya jika anda ada penyakit resdung, jerawat jenis nodul akan muncul pada wajah anda dari semasa ke semasa.

Jenis penyakit jerawat kronik

Anda hadapi penyakit jerawat yang kronik jika jerawat tidak henti – henti muncul pada wajah anda. Maksudnya selepas hilang satu jerawat, muncul lagi satu jerawat. Kemunculan jerawat secara berterusan ini menyebabkan pelbagai parut muncul pada wajah anda. 

Jika anda hadapi masalah penyakit jerawat kronik, lebih baik anda lakukan pemeriksaan di klinik kulit supaya anda dapat menyelesaikan masalah anda secara mutlak.

Baca Lanjut Artikel ini mengenai cara menghilangkan jerawat:

Makanan Faktor dan Punca Jerawat

Cara Menghilangkan Jerawat

Jemput lawat blog kami yang lain : Dapatkan ubat kencing manis (klik sini) hanya Rm 65 sahaja. =) Dijamin keberkesanan. Kencing manis pasti pulih. =)

Manakala jika ada yang berminat untuk dapatkan Serum Vgrip (try tgk sini), hanya Rm 130 je. Murah2.. Vgrip memang terbaik!

No comments:

Post a Comment