Monday, May 5, 2014

Resdung dan Jerawat Adalah Penyakit Yang Berkait

Apakah kaitanya resdung dan jerawat?


Resdung dan jerawat adalah dua penyakit yang berkaitan. Malah tidak salah untuk kita anggap jerawat adalah sebahagian daripada penyakit resdung. Selagi anda ada penyakit resdung, peluang untuk jerawat tumbuh adalah tinggi.

Resdung dan jerawat memang tidak dapat di pisahkan. Kekotoran di bawah kulit yang di sebabkan penyakit resdung akan menyebabkan banyak jerawat timbul.



Bagaimana resdung membentuk jerawat?


Resdung adalah penyakit alahan di mana ia berpunca dari virus yang tinggal bahagian bawah hidung. Virus dapat tinggal di bahagian bawah hidung di sebabkan mukus yang tidak dapat keluar dari hidung. Semakin lama virus ini bertapak, semakin serius resdung anda.

Virus ini biasanya akan bercampur dengan darah dan akan menyebabkan anda akan rasa mudah gatal – gatal pada seluruh badan. Selain itu, anda juga mudah di timpa sakit demam, sakit kepala, sakit pada bahagian mata, hidung selsema dan sakit tekak.

Kadang – kadang resdung akan menyebabkan anda rasa gatal – gatal pada kulit wajah. Akibatnya anda akan selalu menggaru wajah anda. Kuman dari kuku akan melekat pada wajah. Di tambah dengan serangan virus resdung dari bawah kulit, jerawat akan tumbuh dengan cepat.

Selain situasi di atas, serangan virus resdung secara berterusan akhirnya akan menyebabkan struktur kulit anda rosak dan liang – liang roma kulit tertutup. Akibatnya jerawat akan terbentuk apabila wajah anda penuh dengan kulit mati dan kotoran dari udara.

Dua kenyataan ini adalah bukti resdung dan jerawat adalah dua penyakit yang berkaitan.



Rawatan untuk resdung dan jerawat.


Untuk merawat jerawat yang berpunca dari resdung anda perlu lakukannya dengan berhati – hati. Ini kerana jerawat yang berpunca dari resdung cenderung untuk mempunyai bakteria yang bahaya berada di dalam nanah.

Jika anda picit jerawat anda, bakteria tersebut akan menyebabkan kulit berdekatan mengalami kerosakan. Selain itu, jerawat yang di sebabkan resdung juga cenderung untuk meninggalkan parut jika anda tidak merawatnya dengan baik.

Untuk merawat jerawat yang berpunca dari penyakit resdung, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah berusaha menghapuskan bakteria – bakteria yang ada dalam jerawat tersebut. Biarkan jerawat tersebut mengecil dahulu sebelum anda merawat jerawat dengan langkah dengan serius.

Anda boleh lakukan berbagai perkara untuk mengecilkan jerawat tersebut. Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah:

  • Ambil beberapa biji limau nipis. Perahkan limau nipis tersebut ke dalam cawan atau mangkuk. Ambil batang kapas dan sapukan kapas pada jus limau nipis tersebut. Kemudian anda sapukan batang kapas tersebut kepada jerawat. Biarkan ia sehingga kering sebelum anda basuh wajah anda. Lakukan pagi dan malam sehingga jerawat anda benar – benar mengecut.

  • Beli produk jerawat yang ada fungsi menghapuskan bakteria jerawat. Letakkan krim produk tersebut di atas jerawat tersebut. Biarkan ia selama 10 minit. Kemudian basuhkan wajah anda. 

  • Ambil beberapa keping asam keping dan letakkan ia ke dalam air suam. Tunggu ia sehingga sejuk. Kemudian, letakkan asam keping tersebut ke jerawat anda. Biarkan ia selama 15 minit. Kemudian basuh wajah anda dengan air sejuk.

  • Ambil lendir aloe vera dan letakkan lendir aloe vera tersebut pada jerawat anda. Biarkan ia selama 30 minit atau kering sebelum anda membasuh wajah anda.

Selepas jerawat yang di sebabkan resdung ini mengecil, anda terus bersihkan wajah anda dengan amalan – amalan biasa bersihkan wajah yang anda tahu.

Saturday, January 11, 2014

Jenis-Jenis Jerawat Dan Cara Menghilangkannya

Jenis-jenis Penyakit Jerawat yang anda perlu tahu. Jerawat boleh timbul dimana-mana kawasan tubuh dan ianya berbeza-beza.

Di dalam artikel ini, saya akan membincangkan jenis – jenis penyakit jerawat yang ada. Jenis penyakit jerawat boleh di bahagikan kepada tiga iaitu jenis penyakit jerawat biasa, jenis penyakit jerawat serius dan jenis penyakit jerawat kronik.


Jenis penyakit jerawat biasa

Whitebeads.

Jenis penyakit jerawat whitebeads adalah bintik – bintik putih yang terdapat pada wajah kita. Ia berpunca dari kalenjar minyak yang terlalu aktif, kekotoran di bawah kulit, sel – sel kulit mati yang tersumbat di dalam liang – liang roma wajah.

Jenis penyakit jerawat whitebeads juga di kenali sebagai komedo tertutup. Anda biasanya boleh bersihkan jerawat jenis ini dengan membasuh muka anda dua kali sehari.

Blackbeads.

Penyakit jerawat jenis blackbeads atau komedo terbuka adalah dalam bentuk bintik – bintik hitam. Penyebab bagi blackbeads adalah sama seperti whitebeads.

Perbezaan blackbeads dan whitebeads adalah permukaan jerawatnya terbuka. Permukaan yang terbuka ini menyebabkan tindak balas berlaku di antara kandungan jerawat dan udara. Akhirnya warna jerawat ini akan bertukar kepada warna hitam.

Papula.

Jenis penyakit jerawat yang seterusnya adalah papula atau jerawat dalam bentuk bonjolan merah. Jenis penyakti jerawat ini adalah evolusi dari penyakit jerawat whitebeads atau blackheads. Jenis penyakit jerawat ini biasanya akan tumbuh apabila diri anda berada dalam keadaan tertekan, diri mengalami perubahan hormon mendadak dan anda di serang serangan virus dan kuman.

Ketika jerawat anda berada dalam keadaan whitebeads dan blackbeads, kuman – kuman masih terbendung di dalam kulit wajah. Apabila pelindung kuman – kuman ini meletus, ia akan membentuk bonjolan merah. Ketika ini nanah belum terbentuk lagi.

Pustula.

Pustula adalah jenis jerawat yang muncul apabila jerawat jenis papula tidak di rawat. Apabila jerawat jenis papula muncul, sel – sel darah putih akan hadir untuk melawan kuman – kuman dan virus – virus yang ada pada jerawat tersebut.


Akibat dari perlawanan tersebut, radang akan terbentuk dan nanah pada bahagian dalam jerawat akan terbentuk. Jenis penyakit jerawat pustula adalah dalam bentuk bonjolan di mana bahagian tepinya berwarna merah dan bahagian tengahnya berwarna putih.

Jenis penyakit jerawat serius

Nodul.

Jenis penyakit jerawat nodul adalah jerawat dalam bentuk bonjolan besar iaitu peringkat seterusnya jerawat jenis pustula. Selalunya apabila jerawat jenis ini di sentuh, anda akan rasa sakit. Anda jangan picit jerawat jenis ini kerana ia boleh menyebabkan parut pada kulit wajah anda.

Keburukan jerawat jenis ini adalah ia akan menyebabkan lebih banyak liang – liang roma tersumbat dan seterusnya menyebabkan jerawat peringkat awal tumbuh pada bahagian tersebut.

Sista.

Sista adalah jerawat yang muncul hasil gabungan beberapa jerawat jenis nodul. Ianya seperti beberapa bonjolan jerawat dalam bentuk jerawat yang besar. Jika anda di serang jerawat peringkat ini, anda perlu segera berjumpa doktor kulit.

Jika selepas kedua – dua jenis jerawat di atas hilang tetapi ia kerap muncul dari semasa ke semasa, anda perlu lakukan pemeriksaan di klinik kerana takut kulit anda menghidap penyakit kulit yang serius.

Biasanya jika anda ada penyakit resdung, jerawat jenis nodul akan muncul pada wajah anda dari semasa ke semasa.

Jenis penyakit jerawat kronik

Anda hadapi penyakit jerawat yang kronik jika jerawat tidak henti – henti muncul pada wajah anda. Maksudnya selepas hilang satu jerawat, muncul lagi satu jerawat. Kemunculan jerawat secara berterusan ini menyebabkan pelbagai parut muncul pada wajah anda. 

Jika anda hadapi masalah penyakit jerawat kronik, lebih baik anda lakukan pemeriksaan di klinik kulit supaya anda dapat menyelesaikan masalah anda secara mutlak.

Baca Lanjut Artikel ini mengenai cara menghilangkan jerawat:

Makanan Faktor dan Punca Jerawat

Cara Menghilangkan Jerawat

Jemput lawat blog kami yang lain : Dapatkan ubat kencing manis (klik sini) hanya Rm 65 sahaja. =) Dijamin keberkesanan. Kencing manis pasti pulih. =)

Manakala jika ada yang berminat untuk dapatkan Serum Vgrip (try tgk sini), hanya Rm 130 je. Murah2.. Vgrip memang terbaik!

Tuesday, December 24, 2013

Adakah Makanan Faktor Utama Masalah Jerawat?

Adakah makanan faktor utama jerawat tumbuh ?

Kebanyakan penyakit yang ada di dunia ini berpunca dari perut iaitu ia berpunca dari makanan yang kita makan.  Selain itu, ada juga pepatah yang berbunyi ‘ Apa yang kita makan adalah badan kita yang seterusnya’ . Pepatah ini bermaksud apa yang kita makan akan mempengaruhi keadaan badan kita di masa akan datang.

Jadi, untuk menjawab soalan ‘ Adakah makanan faktor utama jerawat tumbuh ?’, saya akan jawab Ya kerana makanan memang adalah salah satu faktor utama jerawat tumbuh. Walaupun pada awalnya anda memang ada genetik kulit yang bersih dan cantik, gaya pemakanan yang tidak sihat secara berterusan pasti akan menyebabkan kulit wajah anda menjadi rosak.

punca masalah jerawat

Bagaimana makanan boleh jadi faktor utama jerawat tumbuh ?

Setiap manusia mempunyai reaksi yang berbeza terhadap makanan. Contohnya ada di antara kita akan rasa gatal – gatal jika makan kacang, ada di antara kita tidak boleh minum susu dan ada di antara kita tidak boleh makan ikan kerana alah padanya. Sama juga seperti kesihatan kulit wajah kita, setiap makanan akan beri reaksi yang berbeza. Ada makanan yang kita makan akan menyebabkan perubahan hormon berlaku di dalam badan dan seterusnya menyebabkan jerawat tumbuh.

Jika anda tersilap mengamalkan gaya pemakanan yang boleh reaksi negatif kepada kulit wajah, jerawat pasti akan tumbuh dengan banyak pada wajah anda. Lagi satu, makan makanan yang anda pantang iaitu jika anda makan anda akan sakit juga akan menyebabkan jerawat tumbuh. Contohnya jika anda ada resdung dan anda alah pada udang. Memakan udang pasti akan menyebabkan jerawat tumbuh pada wajah anda.

Jenis makanan yang menjadi faktor utama jerawat tumbuh.

Selain makanan yang kita alah atau makanan yang boleh beri kesan negatif pada wajah berdasarkan genetic, ada beberapa jenis makanan di mana jika anda makan berlebihan akan menyebabkan jerawat tumbuh.

Berikut adalah jenis – jenis makanan yang menjadi faktor utama jerawat tumbuh.

Makanan berlemak. – makanan berlemak selalunya mengandungi  lemak tidak sihat di mana ia akan menyebabkan kulit tidak sihat terhasil. Selain itu, lemak – lemak dari makanan berlemak juga akan mengurangkan prestasi sistem pengedaran darah di mana akhirnya akan menyebabkan kulit wajah tidak mendapat zat yang sepatutnya.

Makanan berminyak – lemak dari minyak adalah lemak tidak sihat dan ia akan beri kesan yang sama seperti makanan berlemak. 

Makanan yang mengandungi gula yang tinggi – Makanan seperti air tin, nasi yang terlalu banyak dan aiskrim mengandungi kandungan gula yang tinggi di mana ia akan menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi lemah. Sistem pertahanan badan yang lemah akan menyebabkan jerawat berlaku.

Makanan tenusu – Makan makanan yang ada susu seperti keju terlalu banyak akan menyebabkan penyakit alahan anda menjadi lebih kuat. Akhirnya jerawat akan tumbuh di sebabkannya.

Cara menjaga makan supaya tidak menjadi faktor utama jerawat tumbuh.

Untuk elakkan makanan menjadi faktor utama jerawat tumbuh, anda boleh amalkan gaya pemakanan berikut:

1. Kurangkan minum air yang di proses seperti air tin atau air kotak. Banyakkan minum air suam atau air masak.

2. Makan sayur pada setiap hari walaupun satu hidangan.

3. Pilih makanan yang ada kandungan fiber yang tinggi seperti roti wholemeal.

4. Amalkan makan makanan yang ada omega 3.

5. Jangan makan terlalu banyak makanan. Makan sekadar kenyang sahaja.

Semoga bertemu lagi di lain artikel. Terima Kasih. Tolong Like | Tweet | Share | G+ artikel ini.

Thursday, May 16, 2013

Cara Menghilangkan Jerawat

Cara menghilangkan jerawat , Tips Menghilangkan jerawat, Menghilangkan bekas jerawat. Ini adalah antara artikel yang dicari-cari oleh rakyat malaysia. Akan tetapi, secara asasnya ramai yang tidak tahu apa itu jerawat walaupun kebanyakan daripada mereka mengalami masalah jerawat. 

BACA ARTIKEL INI HINGGA HABIS JIKA BENCI JERAWAT!
Dapatkan produk kencing manis extra insulin No.1 di Malaysia! Pasti berkesan ubat kencing manis (klik sini) hanya Rm 65 sahaja. =) Dijamin keberkesanan. Kencing manis pasti pulih. =)

Dapatkan serum vgrip murah original disini! Pasti ketat vagina anda! Serum Vgrip (try tgk sini), hanya Rm 130 je. Murah2.. Vgrip memang the best!!

Secara umumnya, jerawat akan timbul disebabkan oleh suatu proses biologi yang terjadi pada kulit akibat masalah radang tisu pada bahagian sebum kulit (kelenjar minyak) pada kulit manusia. Jerawat sering timbul dan tumbuh pada bahagian kulit yang berminyak seperti di bahagian wajah dan belakang badan. Jerawat selalunya akan meninggalkan bekas dan kesan parut yang agak ketara dan hodoh, tambah lagi jika jerawat yang besar.


Menurut kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar dalam bidang perubatan, hampir lima puluh jenis jerawat yang telah di kenal pasti, antaranya jerawat batu, jerawat badan, jerawat resdung, jerawat pasir, jerawat di badan, jerawat di kepala, jerawat di dagu dan lain-lain jerawat.

Jerawat juga tumbuh di bahagian anggota badan yang sensitif seperti  jerawat di punggung, jerawat di hidung dan juga jerawat di kemaluan wanita juga lelaki. Jerawat selalunya akan berlaku pada rongga rambut dan kelenjar minyak berdekatan dengan permukaan kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja dimana mereka sedang mengalami proses kematangan dan akil baligh. Manakala akan berlaku di kalangan orang dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Kini ada pelbagai cara menghilangkan jerawat, samaada jerawat batu, jerawat pasit, jerawat resdung, dan jerawat pasir iaitu dengan menggunakan ubat ubatan moden ataupun secara semulajadi. Untuk menghilangkan jerawat dengan cepat dan berkesan, anda digalakkan menggunakan produk Anti Acne Gel Serum, dimana produk ini ternyata dapat menghilangkan jerawat serta parut dan bekas jerawat dengan sangat effektif dan pantas.