Monday, May 5, 2014

Resdung dan Jerawat Adalah Penyakit Yang Berkait

Apakah kaitanya resdung dan jerawat?


Resdung dan jerawat adalah dua penyakit yang berkaitan. Malah tidak salah untuk kita anggap jerawat adalah sebahagian daripada penyakit resdung. Selagi anda ada penyakit resdung, peluang untuk jerawat tumbuh adalah tinggi.

Resdung dan jerawat memang tidak dapat di pisahkan. Kekotoran di bawah kulit yang di sebabkan penyakit resdung akan menyebabkan banyak jerawat timbul.



Bagaimana resdung membentuk jerawat?


Resdung adalah penyakit alahan di mana ia berpunca dari virus yang tinggal bahagian bawah hidung. Virus dapat tinggal di bahagian bawah hidung di sebabkan mukus yang tidak dapat keluar dari hidung. Semakin lama virus ini bertapak, semakin serius resdung anda.

Virus ini biasanya akan bercampur dengan darah dan akan menyebabkan anda akan rasa mudah gatal – gatal pada seluruh badan. Selain itu, anda juga mudah di timpa sakit demam, sakit kepala, sakit pada bahagian mata, hidung selsema dan sakit tekak.

Kadang – kadang resdung akan menyebabkan anda rasa gatal – gatal pada kulit wajah. Akibatnya anda akan selalu menggaru wajah anda. Kuman dari kuku akan melekat pada wajah. Di tambah dengan serangan virus resdung dari bawah kulit, jerawat akan tumbuh dengan cepat.

Selain situasi di atas, serangan virus resdung secara berterusan akhirnya akan menyebabkan struktur kulit anda rosak dan liang – liang roma kulit tertutup. Akibatnya jerawat akan terbentuk apabila wajah anda penuh dengan kulit mati dan kotoran dari udara.

Dua kenyataan ini adalah bukti resdung dan jerawat adalah dua penyakit yang berkaitan.



Rawatan untuk resdung dan jerawat.


Untuk merawat jerawat yang berpunca dari resdung anda perlu lakukannya dengan berhati – hati. Ini kerana jerawat yang berpunca dari resdung cenderung untuk mempunyai bakteria yang bahaya berada di dalam nanah.

Jika anda picit jerawat anda, bakteria tersebut akan menyebabkan kulit berdekatan mengalami kerosakan. Selain itu, jerawat yang di sebabkan resdung juga cenderung untuk meninggalkan parut jika anda tidak merawatnya dengan baik.

Untuk merawat jerawat yang berpunca dari penyakit resdung, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah berusaha menghapuskan bakteria – bakteria yang ada dalam jerawat tersebut. Biarkan jerawat tersebut mengecil dahulu sebelum anda merawat jerawat dengan langkah dengan serius.

Anda boleh lakukan berbagai perkara untuk mengecilkan jerawat tersebut. Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah:

  • Ambil beberapa biji limau nipis. Perahkan limau nipis tersebut ke dalam cawan atau mangkuk. Ambil batang kapas dan sapukan kapas pada jus limau nipis tersebut. Kemudian anda sapukan batang kapas tersebut kepada jerawat. Biarkan ia sehingga kering sebelum anda basuh wajah anda. Lakukan pagi dan malam sehingga jerawat anda benar – benar mengecut.

  • Beli produk jerawat yang ada fungsi menghapuskan bakteria jerawat. Letakkan krim produk tersebut di atas jerawat tersebut. Biarkan ia selama 10 minit. Kemudian basuhkan wajah anda. 

  • Ambil beberapa keping asam keping dan letakkan ia ke dalam air suam. Tunggu ia sehingga sejuk. Kemudian, letakkan asam keping tersebut ke jerawat anda. Biarkan ia selama 15 minit. Kemudian basuh wajah anda dengan air sejuk.

  • Ambil lendir aloe vera dan letakkan lendir aloe vera tersebut pada jerawat anda. Biarkan ia selama 30 minit atau kering sebelum anda membasuh wajah anda.

Selepas jerawat yang di sebabkan resdung ini mengecil, anda terus bersihkan wajah anda dengan amalan – amalan biasa bersihkan wajah yang anda tahu.

2 comments:

  1. Yuk ketahui manfaat dari minyak bulus yang ampuh dan sangat berkhasiat untuk perawatan wajah. Cari tahu juga minyak bulus asli untuk cara menghilangkan jerawat baik yang sudah kronis.

    ReplyDelete
  2. Winstar World Casino and Resort - JeMHub
    Discover the best winstar world 삼척 출장안마 casino and resort experience in JeMhub. 안산 출장샵 Discover 남원 출장안마 the 충청남도 출장안마 best online slots, table games and more. Use our 인천광역 출장마사지 link.

    ReplyDelete