Tuesday, December 24, 2013

Adakah Makanan Faktor Utama Masalah Jerawat?

Adakah makanan faktor utama jerawat tumbuh ?

Kebanyakan penyakit yang ada di dunia ini berpunca dari perut iaitu ia berpunca dari makanan yang kita makan.  Selain itu, ada juga pepatah yang berbunyi ‘ Apa yang kita makan adalah badan kita yang seterusnya’ . Pepatah ini bermaksud apa yang kita makan akan mempengaruhi keadaan badan kita di masa akan datang.

Jadi, untuk menjawab soalan ‘ Adakah makanan faktor utama jerawat tumbuh ?’, saya akan jawab Ya kerana makanan memang adalah salah satu faktor utama jerawat tumbuh. Walaupun pada awalnya anda memang ada genetik kulit yang bersih dan cantik, gaya pemakanan yang tidak sihat secara berterusan pasti akan menyebabkan kulit wajah anda menjadi rosak.

punca masalah jerawat

Bagaimana makanan boleh jadi faktor utama jerawat tumbuh ?

Setiap manusia mempunyai reaksi yang berbeza terhadap makanan. Contohnya ada di antara kita akan rasa gatal – gatal jika makan kacang, ada di antara kita tidak boleh minum susu dan ada di antara kita tidak boleh makan ikan kerana alah padanya. Sama juga seperti kesihatan kulit wajah kita, setiap makanan akan beri reaksi yang berbeza. Ada makanan yang kita makan akan menyebabkan perubahan hormon berlaku di dalam badan dan seterusnya menyebabkan jerawat tumbuh.

Jika anda tersilap mengamalkan gaya pemakanan yang boleh reaksi negatif kepada kulit wajah, jerawat pasti akan tumbuh dengan banyak pada wajah anda. Lagi satu, makan makanan yang anda pantang iaitu jika anda makan anda akan sakit juga akan menyebabkan jerawat tumbuh. Contohnya jika anda ada resdung dan anda alah pada udang. Memakan udang pasti akan menyebabkan jerawat tumbuh pada wajah anda.

Jenis makanan yang menjadi faktor utama jerawat tumbuh.

Selain makanan yang kita alah atau makanan yang boleh beri kesan negatif pada wajah berdasarkan genetic, ada beberapa jenis makanan di mana jika anda makan berlebihan akan menyebabkan jerawat tumbuh.

Berikut adalah jenis – jenis makanan yang menjadi faktor utama jerawat tumbuh.

Makanan berlemak. – makanan berlemak selalunya mengandungi  lemak tidak sihat di mana ia akan menyebabkan kulit tidak sihat terhasil. Selain itu, lemak – lemak dari makanan berlemak juga akan mengurangkan prestasi sistem pengedaran darah di mana akhirnya akan menyebabkan kulit wajah tidak mendapat zat yang sepatutnya.

Makanan berminyak – lemak dari minyak adalah lemak tidak sihat dan ia akan beri kesan yang sama seperti makanan berlemak. 

Makanan yang mengandungi gula yang tinggi – Makanan seperti air tin, nasi yang terlalu banyak dan aiskrim mengandungi kandungan gula yang tinggi di mana ia akan menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi lemah. Sistem pertahanan badan yang lemah akan menyebabkan jerawat berlaku.

Makanan tenusu – Makan makanan yang ada susu seperti keju terlalu banyak akan menyebabkan penyakit alahan anda menjadi lebih kuat. Akhirnya jerawat akan tumbuh di sebabkannya.

Cara menjaga makan supaya tidak menjadi faktor utama jerawat tumbuh.

Untuk elakkan makanan menjadi faktor utama jerawat tumbuh, anda boleh amalkan gaya pemakanan berikut:

1. Kurangkan minum air yang di proses seperti air tin atau air kotak. Banyakkan minum air suam atau air masak.

2. Makan sayur pada setiap hari walaupun satu hidangan.

3. Pilih makanan yang ada kandungan fiber yang tinggi seperti roti wholemeal.

4. Amalkan makan makanan yang ada omega 3.

5. Jangan makan terlalu banyak makanan. Makan sekadar kenyang sahaja.

Semoga bertemu lagi di lain artikel. Terima Kasih. Tolong Like | Tweet | Share | G+ artikel ini.

No comments:

Post a Comment